Pesawat itu membawa kira-kira 20 orang termasuk Menteri Pertahanan Douangchay Phichit, Gabenor Vientiane dan tokoh-tokoh terkenal, jurucakap kementerian luar Sek Wannamethee memberitahu AFP yang memetik maklumat daripada kedutaan Thai di Vientiane.
Tidak ada pengesahan daripada kerajaan komunis Laos ini.
Pada bulan Oktober tahun lepas kapal terbang awam yang dikendalikan oleh Lao Airlines terjunam ke dalam Sungai Mekong dalam cuaca buruk membunuh kesemua 49 orang penumpang.