Abdel Fattah al-Sisi, jeneral tentera bersara, dijangka menang dengan mudah tetapi kempennya mengharapkan kehadiran ramai pengundi sebagai bukti sokongan terhadap kepimpinan beliau.
Sementara itu, kumpulan penyokong kuat Morsi meminta pengundi supaya memboikot pilihan raya tersebut.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdel Aziz Salman berkata hanya 37 peratus daripada 53 juta pengundi keluar mengundi pada hari kedua.Peratusan itu jauh lebih rendah berbanding 52 peratus pengundi yang membuang undi pada pilihan raya 2012 yang dimenangi Morsi.
Sementara itu, pencabar Abdel Fattah, Hamdeen Sabbahi mengkritik tindakan melanjutkan proses pilihan raya itu dengan membangkitkan persoalan mengenai ketelusan sepanjang proses tersebut.
Seorang pegawai pilihan raya berkata, tempoh lanjutan sehingga Rabu itu dilakukan untuk meningkatkan bilangan pengundi keluar mengundi.