Ramazan Baran, 24, dan Abdulbaki Akdemir, 50, meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan teruk dalam pertempuran itu.
Beberapa penunjuk perasaan puak Kurdish bertempur dengan anggota tentera kerana berang dengan rancangan kerajaan untuk membina kem tentera di daerah Lice dalam wilayah majoriti puak Kurdish di Diyarbakir.
Tiga orang termasuk dua anggota tentera dirawat di hospital selepas penunjuk perasaan melepaskan tembakan, melemparkan batu dan bunga api ke arah pasukan keselamatan.
Ketegangan semakin meruncing di Lice sejak penunjuk perasaan menyekat satu jalan raya dua minggu lalu sebagai membantah pembinaan markas tentera di Diyarbakir.
Tindakan itu dilihat sebagai ancaman terhadap proses damai yang dimulakan pada 2012 antara kerajaan dan Parti Pekerja Kurdish (PKK) yang diharamkan.