suria

Bayi Berusia 5 Minggu Ditemui Tidak Cedera Dalam Kemalangan Kereta

Gambar menunjukkan M40 yang merupakan lokasi kejadian seorang ibu dan anaknya yang baharu terbabit dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah lori. Dia bagaimanapun meninggal dunia manakala anaknya ditemui selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

SEORANG bayi berusia lima minggu ditemui tidak mengalami kecederaan di dalam sebuah kereta, bersebelahan dengan mayat ibunya, yang terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Bayi berkenaan, Ruby diselamatkan dari kereta Peugeot 406 yang terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di M40 dekat Bicester, Oxfordshire.

Pasukan kecemasan berkejar ke tempat nahas dekat persimpangan 9 yang sibuk dengan lalu lintas, tetapi tidak dapat menyelamatkan ibu bayi itu, Joanna Bull.

Ruby yang baharu dilahirkan diangkat oleh ambulans ke hospital sebagai langkah pencegahan tetapi pihak hospital sukar untuk dipercayai dia tidak cedera di dalam kemalangan itu.

Bayi perempuan itu kini dijaga oleh ayahnya, Dave yang tidak berada bersama isteri dan anak perempuannya ketika kejadian berlaku.

Wanita berusia 29 tahun yang baharu sahaja menjadi ibu untuk sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kenilworth untuk melawat ibunya, Teressa bersama anaknya yang baharu dilahirkan ketika kejadian berlaku pada Jumaat. - dailymai.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain