Pekerja pusat jagaan harian di Saint-Eustache, yang terletak 45 kilometer (30 batu) dari barat laut Montreal, meminta bantuan selepas mereka dan beberapa kanak-kanak mula muntah dan mengadu sakit kepala yang teruk.
Gejala itu mula dikenal pasti pada kanak-kanak yang pada mulanya disangkakan tanda-tanda selsema oleh kakitangan pusat jagaan harian berekenaan.
Tetapi mereka sedar ada sesuatu yang serius apabila mereka juga mula jatuh sakit, kata menteri kerajaan Quebec Francine Charbonneau pada sidang akhbar.
Karbon monoksida boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan keletihan.
Pendedahan berpanjangan boleh membawa maut.