PENGGEMAR makanan berasaskan ayam panggang di Leicester resah apabila restoran Nando's cawangan di tempat mereka mereka kehabisan ayam. Cawangan restoran popular bertemakan Potugis di Grandby Street tidak dapat menyediakan hidangan utama mereka kepada pengunjungnya berikutan hujung minggu yang sibuk, di mana pelanggan bergegas ke restoran itu untuk menggunakan kad kesetiaan mereka yang hampir tamat tempohnya. Berita itu tercetus apabila pelanggan yang kecewa telah menulis di Twitter bahawa kakitangan restoran telah memberitahu mereka banyak menu tidak dapat disediakan. Nandos bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka. "Restoran kami di Granby Street, Leicester mengalami hujung minggu yang amat sibuk," kata seorang jurucakap. "Ramai pelanggan telah bergegas ke restoran untuk menggunakan kad kesetiaan yang hampir tamat tempoh bagi mendapatkan ganjaran mereka dan kami juga telah melancarkan penghantaran ke rumah secara dalam talian. "Malangnya restoran ini kehabisan beberapa pilihan ayam, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat. Kami ingin memohon maaf kepada beberapa pelanggan yang tidak mendapat makanan yang menjadi pilihan mereka."