Paus kelasa (humpback) itu, dipercayai berusia dua tahun, telah berjaya dipasang dengan abah-abah keselamatan yang direka khas dan bot telah digunakan untuk membawanya ke laut dalam.
Ini merupakan percubaan kelima dalam usaha memindahkan ikan paus itu sejak ia terdampar di Palm Beach, Queensland pada Selasa.
Dalam percubaan sebelumnya, tali yang diikat dengan abah-abah keselamatan terputus atau paus tersekat di benteng pasir.
"Ia adalah masa yang tepat untuk melakukannya apabila kita mampu untuk melepaskannya."
Penyelamat telah mendirikan khemah besar untuk menyejukkan ikan paus pada siang hari, manakala kakitangan dari Sea World dan Jabatan Alam Sekitar dan Perlindungan Warisan Queensland membuat penjagaan pada waktu malam.
Mulligan berkata paus akan kepenatan selepas keluar dari laut selama berjam-jam.
"Ia telah melalui pengalaman yang agak pahit," katanya, sambil menambah haiwan itu kini berada di laut dalam dan penyelamat akan memantau kemajuannya sepanjang hari.
Paus terdampar di pantai merupakan kejadaian agak biasa di Australia, tetapi ahli-ahli sains tidak tahu mengapa ia berlaku.
Paus kelasa pada masa kini sedang melakukan penghijrahan tahunan dari selatan Antartika untuk perairan yang lebih panas di negeri Queensland untuk melahirkan anak.