suria

Gaza: Seorang Rakyat Israel Terbunuh, Pemimpin Hamas Jadi Sasaran Serangan

Seorang wanita yang cedera akibat serangan udara Israel diusung ke Hospital al-Shifa, Gaza.
GAZA CITY (Wilayah Palestin): Pesawat perang Israel mengebom rumah seorang pemimpin kanan Hamas awal Rabu ketika kempen menentang militan Gaza memasuki hari sembilan dengan tiada tanda-tanda permusuhan akan berakhir dalam masa terdekat.

Israel, pada Selasa telah menyambung kempen serangan udara sebagai hukuman terhadap wilayah Palestin, yang setakat ini telah membunuh 200 orang sambil usaha-usaha antarabangsa ke arah gencatan senjata gagal.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran tentera akan "mengembangkan dan meningkatkan" operasi selepas Hamas menolak cadangan gencatan senjata Mesir.

Serangan utama yang pertama pada hari Rabu disasarkan di bahagian barat Gaza, di kediaman pemimpin kanan Hamas Mahmud al-Zahar, meranapkan seluruh bangunan, menurut pegawai keselamatan, namun saksi berkata rumah itu telah dikosongkan.

Serangan berasingan di Gaza City dan Jabalia di bahagian utara disasarkan terhadap rumah sekurang-kurangnya tiga pegawai Hamas yang lain, dengan tiada laporan segera mengenai mangsa.

Serangan awal pagi Rabu ini dilakukan selepas kematian pertama membabitkan pihak Israel daripada sejumlah hampir 1,000 roket ditembak ke negara Yahudi oleh militan Gaza.

Lelaki tersebut kemudian dikenal pasti sebagai Dror Hani, 37, yang terbunuh dalam serangan roket terhadap kedudukan Israel berhampiran Erez, persimpangan Gaza pada Selasa.

Sayap bersenjata Hamas, Ezzedine al-Qassam berkata pihaknya melakukan serangan tersebut.

Orang awam telah menghantar makanan kepada tentera yang berkhidmat di kawasan itu, kata pasukan perubatan kepada AFP.

Awal Selasa, kabinet keselamatan Israel berkata menerima cadangan Mesir untuk gencatan senjata bermula pada 0600 GMT.

Tetapi pegawai-pegawai Hamas berkata, mereka tidak terlibat dalam rundingan mengenai cadangan itu dan tidak akan menghentikan serangan tanpa perjanjian sepenuhnya termasuk konsesi Israel.

Sayap bersenjata pergerakan itu terus menembak berpuluh-puluh roket ke Israel selepas berakhirnya tarikh gencatan senjata.
Gaza, Israel, Hamas

Artikel Lain