suria

MH17: Obama Hubungi Cameron, Merkel Dan Abbott

Barack Obama.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghubungi pemimpin Jerman, Britain dan Australia pada Sabtu untuk membincangkan bagaimana untuk bertindak balas terhadap pihak yang dipercayai bertanggungjawab menembak jatuh pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di timur Ukraine pada Khamis.

Panggilan telefon dibuat kepada Canselor Angela Merkel dan Perdana Menteri David Cameron dan Tony Abbot selepas Obama menyifatkan peluru yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang itu dilancarkan oleh pemberontak di timur Ukraine.

Panggilan itu adalah berkaitan dengan bencana yang menimpa pesawat MH17, kata timbalan penasihat keselamatan negara AS, Ben Rhodes.

Dalam perbualan dengan Abbott, Obama mengucapkan takziah diatas kejadian yang menimpa rakyat Australia yang menaiki pesawat tersebut.

"Kedua-dua pemimpin itu membincangkan kepentingan siasatan yang cepat, menyeluruh, tanpa sebarang sekatan dan telus. Mereka juga mendesak keperluan untuk memasuki kawasan nahas oleh penyiasat antarabangsa dengan segera," kata Rumah Putih menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Obama berkata, insiden tersebut merupakan 'satu bentuk amaran' kepada Eropah khususnya, mengenai bahayanya krisis yang semakin meruncing di Ukraine dan keperluan untuk menguatkuasakan sekatan terhadap Rusia yang didakwa menjejaskan kestabilan negara itu.

Obama turut menyampaikan mesej yang sama dalam perbualannya dengan Cameroon dan Merkel.


Barack Obama, MH17

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain