JERUSALEM: Tiga belas orang tentera Israel terbunuh dalam pertempuran bersama puak Hamas di Gaza. Pihak tentera berkata mereka terbunuh dalam satu serangan darat besar-besaran pada Ahad. Jumlah tentera Israel yang terbunuh kini meningkat kepada 18 orang. Dua orang awam terbunuh dalam serangan roket dan mortar yang dilancarkan ke atas Israel. Berpuluh-puluh anggota tentera dilaporkan cedera dalam serangan berkenaan. Sekurang-kuranya 425 rakyat Palestin terbunuh dalam konflik yang berlarutan hampir dua minggu dan masih belum menunjukkan tanda akan reda.