TAIPEI: Seramai 51 dikhuatiri terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang TransAsia Airways terhempas pada Rabu ketika membuat pendaratan cemas di Pulau Penghu di Taiwan, menurut laporan agensi berita Taiwan. Agensi berita CNA berkata, pesawat enjin berkembar turboprip ATR 72 itu terhempas di luar lapangan terbang Magong pada kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan. Ia berkata, pesawat GE 222 berlepas dari Kaohsiung, bandar kedua terbesar Taiwan pada pukul 5 petang waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Magong, 35 minit kemudian. Magong terletak di Pulau Penghu di Taiwan. -usatoday.com