SEJAK sekian lama lelaki dari Kenya Tengah sentiasa diingatkan orang tua supaya mengelak daripada berkahwin dengan wanita dark Kabete. Kadang-kadang amaran itu diberi ketika mereka masih di zaman kanak-kanak. Wanita Kabete terkenal kerana pelbagai perkara, termasuk gelaran pembunuh suami. Menurut data kerajaan daerah Kabete mempunyai kadar janda paling ramai di Kenya. Selain didakwa pembunuh suami, wanita Kabete juga dikenali sebagai golongan yang keras, tegas dan kasar. Dengan sifat sebegitu lelaki Kenya yakin jika mereka jatuh hati kepada wanita Kabete, hubungan itu tidak akan mendapat restu daripada keluarga masing-masing. Jika masih ada yang bertegas, cabaran lain menanti. Untuk urusan perkahwinan tidak ramai golongan dewasa bersedia pergi berunding dengan keluarga wanita di tempat dikenali sebagai King’eero. Perkataan itu sendiri menggerunkan kerana bermaksud “rumah sembelihan.” Namun adakah benar wanita Kabete seganas itu. Seorang pereka grafik, Elias Ndung’u berpindah dari rumah ibu bapanya untuk menyewa tapak di Kabete. Seperti dijangka tindakan itu mendatangkan rasa kurang senang di kalangan keluarganya. Nenek Ndung’u berpesan awal-awal lagi: “Walaupun anda akan tinggal di Kabete, jangan sesekali berkahiwn dengan wanita di situ. Pesanan itu tidak begitu diendahkan Ndung’u kerana katanya, dia belum memikirkan untuk berumah tangga. “Cuma semua rakan saya mengingatkan jangan bercinta dengan wanita Kabete,” katanya. Akhir bulan lalu seorang ahli perniagaan menemui ajal di Kabete. Isteri lelaki itu yang baharu dibebaskan daripada tahanan polis diperayai berpakat dengan ahli keluarganya yang lain untuk membunuh mangsa dan mencincang mayat berkenaan sebelum dicampak di tepi jalan. Pada 2005, kajian kemiskinan di Kenya mendapati Kabate mencatat kadar paling rendah di negara itu walaupun secara purata tidak semua penduduk di situ adalah golongan kaya. Februari lalu, polis menahan seorang wanita tempatan kerana disyaki menikam suaminya hingga mati. Lucy Gatukuyu, 33, didakwa membunuh Daniel Maina Karugu dengan menikam dada serta peruit suaminya selepas berlaku pertengkaran. Seorang penganalisis berkata, hampir semua rumah di King’eero tiada lelaki dan kebanyakan penghuninya ialah gholongan janda. “Data tahun lalu menunjukkan seramai 460,000 lelaki di Nairobi, terutama di Kabete dan Kenya Tengah mengalami penderaan isteri, sama ada daripada segi fizikal, emosi atau mental. “Laporan Pembunuhan Terhadap Lelaki di Kenya pada April lalu pula menyatakan 23 peratus lelaki di negara ini tidak mati akibat sebab semula jadi, sebaliknya menjadi mangsa pembunuhan pasangan masing-masing,” katanya.