"Petro Porochenko menghubungi Presiden Belarus, Alexander Lukashenko bagi menawarkan kerjasama dalam menganjurkan mesyuarat di Minsk.
"Mesyuarat yang akan diadakan pada hari Khamis itu membabitkan bekas Presiden Ukraine, Leonid Kuchma; Duta Rusia ke Ukraine, Mikhail Zurabov dan seorang wakil badan keselamatan Eropah OSCE," demikian menurut kenyataan pejabat presiden Ukraine.
Rundingan di Belarus akan menyentuh mengenai 'akses oleh pakar-pakar antarabangsa di tapak nahas MH17.