VENUE Sukan Olimpik di Greece yang menjadi tuan rumah bagi temasya sukan itu pada 2004 kini dilihat terbiar. Ia sama sekali tidak kelihatan seperti Sukan Olimpik Athens 10 tahun lalu. Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge menyifatkan temasya sukan itu sebagai "tidak dapat dilupakan, perlawanan bertaraf dunia" dan ia memberikan infratruktur yang lebih baik. Stadium sofbal dan bola tampar dilihat dalam keadaan terbiar dalam proses pembaikan manakala kolam renang dan kawasan membabitkan aski sukan terjun kelihatan agak teruk. Berikut adalah imej-imej antara venue Sukan Olimpik Athens 2004: Kolam renang di Perkampungan Olimpik di Athens, Greece. Pusat akuatik Olimpik. Venue sukan renang di Perkampungan Olimpik, Athens. Stadium sofbal Olimpik. Venua acara sukan kenu dan kayak di Kompleks Olimpik Helliniko di Athens.