suria

Kereta PM Belgium Dipecah, Komputer Riba Dicuri

Elio Di Rupo. Foto AFP

BRUSSELS: Komputer riba dan dokumen peribadi milik Perdana Menteri Belgium, Elio Di Rupo dicuri selepas kenderaan rasminya dipecah masuk oleh sekumpulan pencuri, kata pasukan pendakwa yang mengesahkan perkara itu.

Pencuri berkenaan memecah tingkap kereta Di Rupo di Brussels pada petang Isnin ketika beliau berada di gim manakala pemandunya pergi ke kedai buku.

Jurucakap Di Rupo berkata, dokumen-dokumen yang dicuri tidak mengandungi rahsia kerajaan dan komputer riba itu mempunyai "perlindungan begitu baik".

Pendakwa membuka kertas siasatan berhubung insiden itu pada Khamis, tetapi tiada suspek dikesan pada masa ini. - AFP


Elio Di Rupo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain