KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Ritcher melanda Near Coast of Central Chile pada 6.32 pagi Ahad. Jabatan Meteorologi dalam kenyataan pada Ahad berkata pusat gempa bumi itu terletak 38km ke timur laut dari Vina Del Mar, Chile dan 16,475km ke tenggara dari Lubok Antu, Sarawak. Gempa bumi itu tidak menyebabkan ancaman tsunami.