WASHINGTON: Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat (AS) F-15C, pada Rabu terhempas di hutan Virginia dan tidak jelas sama ada juruterbangnya berjaya menyelamatkan diri sebelum pesawat terhempas, kata pegawai. Pesawat itu merupakan sebahagian daripada Sayap Pejuang Keselamatan Udara Nasional ke 104 dari Westfield, Massachusetts, kata jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Tom Crosson. Jet tersebut terhempas kira-kira pukul 9 pagi (1300 GMT) di kawasan luar bandar berhampiran bandar Deerfield di George Washington dan Hutan Negara Jefferson, kata Jenny McNeal dari pejabat County Sheriff Augusta. Krew penyelamat bergegas ke lokasi kemalangan, di mana kepulan asap di awan jelas kelihatan dari jauh, katanya.