WASHINGTON: Pengalaman ngeri sepanjang tempoh dua tahun diculik militan berkaitan Al-Qaeda di Syria membuatkan wartawan Amerika Syarikat (AS) menghargai setiap detik kehidupannya sekarang. Peter Theo Curtis, dibebaskan dua hari selepas Qatar berunding untuk membebaskannya. Susulan itu, Curtis diterbangkan dari Tel Aviv ke Newark, New Jersey untuk dipertemukan semula dengan ibunya Nancy Curtis di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan. "Saya terharu dan sedih bila ditemui mereka yang tidak dikenali di dalam pesawat dan paling istimewa anggota keluarga saya sendiri, yang mengucapkan selamat kembali," kata Curtis. Wartawan bebas itu juga terhutang budi dengan pegawai AS yang berusaha untuk menyelesaikan kesnya dan menghargai tindakan kerajaan Qatar kerana masuk campur bagi membebaskannya. Sementara itu, keluarga Curtis berkata, kerajaan Qatar menegaskan bahawa pembebasan itu tidak diperoleh dengan bayaran tunai berikutan dasar AS yang enggan membayar wang tebusan kepada pengganas. "Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu membawa pulang Theo," kata ibunya. Lelaki berusia 45 tahun itu Ahad lalu, kurang seminggu selepas video ngeri menunjukkan pembunuhan seorang tebusan AS, wartawan James Foley oleh satu lagi pergerakan berlainan. "Saya lega anak saya kini berdiri di sebelah saya. Namun adalah sesuatu yang menyedihkan dengan apa yang berlaku minggu lalu dan bersimpati dengan keluarga lain yang kesedihan ini. Curtis ditawan sejurus sebelum masuk ke Syria pada Oktober 2012 dan ditahan oleh kumpulan serpihan Al-Qaeda yang dikenali sebagai Barisan Al-Nusra.