suria

Dua Pegawai Kebajikan New Zealand Ditembak Mati

WELLINGTON: Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua pegawai kebajikan New Zealand sebelum melarikan diri dengan sebuah basikal, demikian menurut polis.

Polis mula memburu suspek kes berkenaan yang dipercayai masih berada di bandar kecil di Ashburton.

Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam rumah masing-masing dan tidak mendekati suspek yang dikenali sebagai John Henry Tully.

"Pencarian terhadap suspek adalah berterusan dan polis akan mengawal situasi di sini," kata jurucakap polis.

Media tempatan melaporkan bahawa dua mangsa yang maut itu adalah wanita.
Polis, Jenayah

Artikel Lain