LIMA: Sebanyak 26 penumpang disahkan terkorban selepas bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di laluan pergunungan Peru, kata polis negara itu. Bas tersebut terjunam ke dalam gaung sedalam 200 meter pada Jumaat sebelum 26 disahkan terkorban pada Ahad. Ketua Polis Cotaruse, Uriel Luque berkata, seramai 19 penumpang yang terdiri daripada enam kanak-kanak disahkan terkorban pada Sabtu dan jumlah itu meningkat setakat ini. Kemalangan itu berlaku di laluan bahaya yang dikenali sebagai 'tujuh selekoh' di Apurimac. Bas tersebut dilaporkan membawa penumpang-penumpang untuk menghadiri sebuah upacara keagamaan dari Puquio di Chalhuanca.