suria

Penduduk Tawar Hadiah Wang Tunai Kepada Pemberi Maklumat Kes Pembunuhan 2 Warga Briton

Polis menemui dua mayat pelancong Thailand mati dalam keadaan yang mengerikan di Pulau Tao berdekatan dengan wilayah Surat Thani pada Isnin lalu.

BANGKOK: Para penduduk Pulau Tao menawarkan hadiah wang tunai kepada pemberi maklumat yang boleh membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan kejam dua warga British di pulau peranginan itu Isnin baru-baru ini.

Setakat ini mereka telah berjaya mengumpul Baht50,000 (AS$1,500), kata Datuk Bandar Pulau Tao, Chaiyan Turasakul kepada agensi berita AFP.

Sejak kejadian itu, pihak polis masih bergelut mencari suspek kes pembunuhan David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23, yang mayat mereka ditemui separuh bogel di tepi pantai berdekatan dengan tempat penginapan mereka dengan kesan kecederaan yang dalam pada bahagian kepala dan badan.

Setakat ini pemeriksaan DNA tidak dapat mengaitkan mangsa dengan mana-mana suspek.

Kes itu telah mencetuskan kegemparan dan rasa takut di kalangan penduduk serta pelancong di pulau berkenaan yang popular sebagai destinasi menyelam dan skuba di Teluk Siam.

Menurut Chaiyan, para penduduk telah mengadakan upacara keagamaan untuk memohon perlindungan tuhan ke atas keharmonian pulau tersebut yang sebelum ini tidak pernah menyaksikan kejadian ngeri seperti itu.

Kedua-dua mangsa berkenaan telah dihentak dengan tukul yang tajam yang ditemui terdampar di tepi pantai tidak jauh dari tempat kejadian dengan kesan darah padanya.

Pada Jumaat, Komandar polis, Panya Maman telah mengerahkan 160 orang anggotanya terus menjadi bahan bukti termasuk di pulau berdekatan, Pulau Phangan.


Pulau Tao, Teluk Siam

Artikel Sebelum

Artikel Lain