DHAKA: Pemimpin pembangkang Bangladesh, Khaleda Zia pada Isnin dibicarakan atas tuduhan menggelapkan wang sebanyak AS$650,000 (RM2.08 juta) dalam dua kes rasuah. Jika didapati bersalah beliau berdepan hukuman penjara seumur hidup. "Selepas beberapa kali tertangguh, akhirnya dapat kami mulakan perbicaraan," kata pendakwa utama Mosharraf Hossain.