Beliau berkata negara-negara luar sudah mula memahami keadaan yang berlaku di Thailand, dan satu-satunya isu yang berbangkit ialah kerajaan negara ini tidak dibentuk menerusi pilihan raya.
"Saya bersedia menjawab (soalan mengenai) sebarang isu (semasa lawatan rasmi di luar negara) kerana ia tanggungjawab saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan di Rumah Kerajaan di sini, Selasa.
Menurutnya keadaan di negara ini bertambah baik, rakyat semakin gembira dan kerajaan juga telah menyelesaikan pelbagai masalah selepas mengambil alih pentadbiran negara.
Prayuth, ketua junta tentera Thailand yang merampas kuasa daripada bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra pada 22 Mei lepas, menegaskan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya.
Prayuth juga Pengerusi Majlis Keamanan dan Keselamatan Negara.