ACAPULCO: Tiga pemain bola sepak dan seorang pemandu maut apabila bas yang dinaiki mereka ditembak di Guerrero, Mexico, menurut pihak berkuasa. Pemandu bas tersebut yang membawa anggota pasukan Chilpancingo Hornets sedang mencari kawasan tempat letak kerata apabila sekumpulan individu yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu. Serangan itu turut mencederakan jurulatih dan sembilan lagi pemain lain. Pihak berkuasa menyatakan beberapa individu terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam beberapa serangan keganasan di negara itu. Guerrero merupakan salah sebuah negeri termiskin dan mencatatkan kadar jenayah yang tinggi di Mexico. Ia juga merupakan negeri perdagangan dadah yang terkemuka terutamanya di Acapulco.