PESHAWAR: Kumpulan Taliban Pakistan sedia menghantar pejuangnya ke Iraq dan Syria untuk membantu kumpulan Negara Islam (IS). Kumpulan itu juga meminta IS mengenepikan perbezaan antara kumpulan jihad dan bersama-sama menentang tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutu. Jurucakap Tekreek-e-Taliban Pakistan (TTP), Shahidullah Shahid yang turut mengaitkan dirinya dengan Al-Qaeda menggesa semua organisasi jihad menghantar pejuang untuk membantu IS. "Kami menyokong jihad IS sejak awal lagi dan oleh itu kami akan menghantar seramai 1,000 hingga 1,500 pejuang ke Iraq dan Syaria untuk mempertahankan IS. "Kumpulan jihad perlu berjuang dalam medan yang lebih besar dan semua organisasi perlu menghantar perjuang mempertahankan Iraq dan Syria," katanya menerusi panggilan telefon.