suria

Pesakit Ebola Pertama Di AS Meninggal Dunia

Hospital Texas yang menempatkan seorang pesakit warga Liberia yang dijangkiti Ebola meninggal dunia. Foto AFP

WASHINGTON: Seorang lelaki warga Liberia yang merupakan individu pertama dijangkiti Ebola di Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia di Hospital Texas pada Rabu, menjadikan jumlah kematian akibat wabak dari Afrika Barat itu hampir 3,900 orang.

Washington kini mempertingkat dan memperketatkan saringan di lapangan terbang berikutan penularan virus yang boleh membawa maut itu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak Ebola itu kini mengorbankan seramai 3,865 orang daripada 8,033 yang dijangkiti penyakiti setakat ini pada tahun ini.

Kebanyakan mereka di Liberia, Sierra Leone dan Guine.

Sementara itu, dua orang dimasukkan ke hospital, masing-masing di Los Angeles dan Dalles berikutan terdapat kemungkinan dijangkiti Ebola. - AFP


Ebola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain