Lapangan terbang itu adalah yang pertama daripada lima lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS) yang memperhebatkan pemeriksaan pengunjung dari Guinea, Liberia dan Sierra Leone.
Ketiga-tiga negara itu menyaksikan jumlah kematian paling tinggi dengan kira-kira 4,000 orang maut akibat jangkitan tersebut.
Hampir semua penumpang pesawat ke AS dari negara terbabit tiba di Lapangan Terbang JFK, Newark Liberty, Washington Dulles, Chicago O'Hare dan Hartsfield-Kackson Atlanta.
Prosedur baharu itu akan dimulakan di empat lagi lapangan terbang berkenaan mulai Khamis depan.