LA PAZ: Evo Morales menang besar dalam pilihan raya presiden di Bolivia bagi penggal ketiga. "Kemenangan itu adalah kejayaan untuk anti-imperialis dan anti-penjajah," katanya dihadapan beribu-ribu penyokongnya dari balkoni istana presiden. Morales yang juga tokoh terkemuka dalam blok sosialis dan anti pemimpin Amerika Syarikat di Latin Amerika, menang 61 peratus daripada undi. Pencabar terdekat, Samuel Doria Medina menang 24 peratus.