PARIS: Pembuat pesawat penumpang dan komersial terbesar dunia, Airbus pada Rabu mengumumkan persetujuan untuk menjual 250 buah pesawat jarak sederhana dan jimat minyak, A320neo kepada syarikat penerbangan tambang murah India, IndiGo. Keseluruhan perjanjian penjualan itu bernilai AS$25 bilion adalah yang terbesar dalam sejarah Airbus. IndiGo India kini merupakan satu-satunya syarikat penerbangan di India yang secara konsisten mencatatkan keuntungan saban tahun. Presiden IndiGo, Aditya Ghosh berkata, pembelian itu adalah bukti komitmen syarikat penerbangan tersebut untuk memperluaskan perkhidmatan mereka untuk rangkaian domestik dan juga antarabangsa.