KATHMANDU: Jumlah kematian akibat runtuhan salji di banjaran Annapurna, Nepal kini disahkan 29 orang - kebanyakkannya pendaki gunung dan jurupandu sherpa mereka. Mayat 24 pendaki telah pun ditemui oleh pasukan penyelamat manakala lima lagi masih hilang. Ia adalah kemalangan terburuk di kawasan pergunungan yang popular itu tahun ini. Annapurna menjadi pilihan kebanyakkan pendaki kerana pemandangannya yang cantik berbanding sirkit Everest. Di sirkit Annapurna para pendaki dapat melihat sekurang-kurangnya tujuh gunung tertinggi di dunia termasuk Gunung Annapurna I iaitu gunung kesepuluh tertinggi di muka bumi dengan ketinggian 8,091 meter.