suria

Bangunan Parlimen Kanada Ditutup Selepas Insiden Tembak Askar

Gambar fail bangunan Parlimen Kanada dipenuhi pelancong.

OTTAWA: Bangunan Parlimen Kanada dipenuhi dengan kenderaan perisai polis selepas seorang askar ditembak ketika sedang mengawasi bangunan itu.

Menurut saksi, mereka melihat lelaki bersenjata berlari masuk ke arah bangunan parlimen selepas aksi tembak itu.

Saksi, Marc-andre Viau berkata, dia melihat lelaki berlari ke arah bilik mesyuarat dalam bangunan itu sambil dikejar polis yang menjerit "take cover".

Sejurus kemudian terdengar "10,15, mungkin 20 das tembakan", kemungkinan daripada senjata automatik, jelasnya.

Pihak polis menutup kawasan parlimen dan pejabat Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper.

Harper meninggalkan kawasan tembakan itu dan berada dalam keadaan selamat," jelas pegawai di situ.

Insiden ini berlaku sehari selepas seorang pemandu berusia 25 tahun yang menyerang dan membunuh askar sebelum ditembak mati oleh polis.

Pihak kerajaan berkata, ianya adalah serangan pengganas. 

Ottawa, Kanada, parlimen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain