Pelajar di Marysville-Pilchuck High School itu kemudian membunuh diri apabila teman-teman sekelasnya bergegas untuk mendapatkan bantuan keselamatan, dalam episod terbaharu kes tembakan sekolah Amerika.
Sumber, yang enggan namanya disiarkan, berkata penembak itu dikenali sebagai Jaylen Fryberg, merupakan pelajar baharu yang yang popular dari pasukan gusti dan bola sepak.
"Dia datang dari belakang memegang pistol dan melepaskan kira-kira lapan peluru ... Mereka adalah sahabat-sahabatnya, jadi ia bukan tembakan secara rawak," kata pelajar Jordan Luton kepada CNN, sambil menambah palajar bersenjata juga kemudianmelepaskan beberapa tembakan lagi.
Polis tidak akan mengesahkan identiti lelaki bersenjata itu atau membincangkan kemungkinan motif tembakan, tetapi pejabat daerah sekolah dan beberapa saksi berkata dia sebelum ini terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.
Rebecca Cooley, yang mana anak lelakinya bermain sukan dengan Fryberg dan berada di kantin ketika tembakan berlaku berkata perbalahan yang berlaku ekoran pergaduhan ketika sesi latihan di padang dengan pelajar lain yang juga menjadi mangsa tembakan.
Tidak ada tanda-tanda pada akaun media sosial Fryberg bahawa dia telah merancang untuk mengamuk, tetapi pada Selasa 'posting'nya menunjukkan dia patah semangat, kelihatan seperti putus cinta.
Semua mangsa tembakan berusia bawah 18, dan tiga yang cedera berada dalam keadaan kritikal akibat ditembak di kepala.
Mangsa cedera keempat mengalami kecederaan kurang serius.