Beliau akan menggantikan Ong Keng Yong.
Kementerian Luar Singapura dalam kenyataan pada Rabu berkata Menon menyertai kementerian itu pada Jun 1983 dan berkhidmat sebagai timbalan setiausaha dari Ogos 2011 hingga Oktober 2014.
Beliau merupakan duta bukan pemastautin di Kesatuan Afrika dari April 2013 hingga Oktober 2014 dan pada masa sama duta ke Habsyah dari Ogos 2013 hingga Oktober 2014.
Dari Disember 2001 hingga Ogos 2004, beliau menjadi wakil tetap di PBB dan dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva dan pada masa sama menjadi duta ke Turki.
Menon mendirikan rumah tangga dengan Jayanthi Menon dan mempunyai seorang anak lelaki.
Kementerian itu mengumumkan pelantikan T. Jasudasen sebagai duta bukan pemastautin Singapura ke Kesatuan Afrika dan Sudesh Maniar sebagai duta bukan pemastautin ke Timor-Leste.