suria

Serangan AS Sasar Ketua Militan IS

Abu Bakr al-Baghdadi
BAGHDAD: Serangan udara yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) di perkampungan al-Qaim pada Sabtu lalu mengakibatkan ketua militan Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi terkorban atau mengalami kecederaan parah.


Keadaan kelam-kabut berikutan serangan itu menyebabkan situasi sebenar yang menimpa Abu Bakr atau pemimpin kanan IS lain tidak dapati disahkan.

Serangan itu menyasarkan perhimpunan pemimpin IS di al-Qaim, kata Ahli Parlimen Anbar, Mohammad al-Karbuli.

Beliau yang memberitahu rangkaian berita al-Arabiya berkata, ia mengakibatkan puluhan terbunuh, selain ramai lagi cedera.

Menurutnya, keadaan menjadi huru-hara berikutan serangan itu apabila anggota IS bertindak menghantar mereka yang cedera ke hospital al-Qaim.

Sebuah rumah yang menjadi tempat pertemuan pemimpin kanan IS dikatakan menjadi sasaran utama serangan yang diketuai AS itu.

Pusat Operasi AS pada Ahad mengesahkan sememangnya pemimpin IS yang berpangkalan di Mosul, utara Iraq menjadi sasaran utama pihaknya.

"Serangan ini bukti kesungguhan kami memberi tekanan terhadap rangkaian pengganas IS, ia juga bagi mengehadkan keupayaan mereka bergerak, berkomunikasi dan mengeluarkan arahan,” katanya kenyataan itu.



Abu Bakr al-Baghdadi, militan, al-Qaim, IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain