suria

Tentera Cameroon Akui Bunuh 116 Anggota Boko Haram

YAOUNDE: Tentera Cameroon memberitahu pihaknya membunuh seramai 116 anggota pemisah Nigeria dari kumpulan Islam Boko Haram di utara negara itu.

Kementerian Pertahanannya dalam satu kenyataan berkata, kumpulan pemisah itu pada Rabu bertindak menyerang pangkalan tentera di Amchide, sempadan Nigeria.

Namun anggota keselamatan berjaya membalas serangan itu sehingga menyebabkan ramai nyawa anggota pemisah yang terkorban.

"Kumpulan yang terdiri daripada sebuah trak tentera dan empat lori pasukan BIR (Elit Rapid Intervention Battalion) telah terperangkap dalam serangan hendap yang bermula dengan satu letupan bom di tepi jalan.

"Pada masa sama, pangkalan tentera Amchide turut diserang beratus pejuang dari kumpulan sama, namun pertahanan kita telah bertindak segera dan dengan sewajarnya," demikian menurut kenyataan itu.

Katanya, seramai 116 penyerang mati di wilayah Cameroon dan identiti mangsa masih belum dapat dipastikan.

Menurut tentera juga, pemisah Boko Haram telah memusnahkan sebuah lori dan trak, malah cuba untuk merampas satu lagi trak milik tentera.

Boko Haram mula mengembangkan kuasanya di kawasan terbabit, di mana sempadan Cameroon dan Nigeria yang hanya dihubungkan dengan jambatan.

Pemisah terbabit sudah mula melakukan pembunuhan terhadap orang awam dan serangan ke kawasan kampung.

Sehingga hari ini mereka semakin aktif melakukan serangan yang mensasarkan anggota tentera. 


Boko Haram, Cameroon, bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain