suria

Aksi Zlata Sempena 2015

Zlata dengan aksi menarik yang dimuatkan pada kalender sempena tahun baharu 2015.

UMPAMA bahan seni yang tiada bandingannya, Zlata mengekalkan rekod dunia miliknya kerana kemahiran membengkukkan badan dengan gaya yang begitu menakjubkan.

Aksi liuk lentuk tubuh wanita berusia 28 tahun ini diabadikan dengan menghasilkan kalender peribadinya untuk 2015.

Wanita berambut perang ini mencabar dirinya dengan pelbagai gaya paling ekstrim dengan mengenakan jumsuit emas yang sekali gus menampilkan susuk tubuhnya yang kecil itu.

Wanita Russia ini ternyata insan unik terutama apabil melihatnya membengkokkan kaki, tangan, pinggang ke yang menyelit di celah-celah anggota badannya.

Gaya umpama plastik yang begitu fleksibel ini jugalah yang meletakkan Zlata atau nama sebenarnya, Julia Guenthel dikenali ramai sejak berusia empat tahun.

Bekas ahli gimnas yang kini menetap di Jerman berlatih setiap hari untuk memastikan kemahirannya membengkok tubuh suatu kelebihan yang tiada tandingannya.

Mencecah ketinggian 170 sentimeter, kata Zlata: "Saya harap peminat dan semua ahli liuk badan di seluruh dunia gembira meraikan Krismas dan nantikan kemunculan saya dengan lebih banyak kejutan tahun depan." 



Zlata, kalender, gimnas

Artikel Lain