Namun masih belum dipastikan sama ada ia adalah serpihan pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang, Ahad lalu.
Pegawai Babel, Adi Nugraha, berkata serpihan itu diperoleh berdasarkan maklumat daripada nelayan di Belinyu.
"Nelayan berkenaan memberitahu, ada serpihan berukuran empat meter panjang dan satu meter lebar, warnanya merah dan putih kelabu," katanya.
"Kita dapat maklumat daripada seorang nelayan bernama Taha, sudah kita maklumkan kepada pihak yang berkenaan. Dia (nelayan) itu mendapati banyak sampah yang luar biasa berada di perairan sekitar Belinyu dan Pulau Tujuh," katanya.