PARIS: Polis Perancis pada Khamis mengedar gambar dua beradik yang disyaki suspek dalam serangan ke atas pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo di sini sambil melancarkan kempen supaya orang ramai menyalurkan maklumat. Polis Paris berkata, waran tangkap sudah dikeluarkan terhadap Cherif Kouachi, 32 dan abangnya, Said, 34 yang dikatakan "mungkin bersenjata dan berbahaya".