JAKARTA: Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT) milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilaporkan ditemui di perairan dekat Mamuju, Sulawesi Barat, semasa operasi pencarian dilakukan di kawasan itu. Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) Mamuju, Muhammad Rizal berkata, setakat Isnin, pasukan bersama mencari dan menyelamat (SAR) menemui tujuh mayat yang dipercayai merupakan penumpang QZ8501 yang terhempas di perairan Selat Karimata, Kalimantan Tengah pada 28 Disember lalu. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Bhayangkara di Surabaya, Jawa Timur untuk pengecaman. Muhammad berkata, selain mayat, penduduk tempatan turut menjumpai objek yang dikatakan bahagian kepada pesawat yang terhempas, termasuk kerusi, kabin pesawat, ruang dalaman yang diperbuat daripada fiber, termasuk satu kotak dengan antena yang tertera perkataan "alat pemancar lokasi kecemasan" (ELT). "Seorang nelayan tempatan menemui ELT di perairan dekat sebuah pantai di kawasan Mamuju pada Ahad. Bagaimanapun, ELT itu mendapati tidak lagi berfungsi," kata Muhammad. Tambahnya, semasa operasi mencari pada Ahad, satu mayat ditemui tidak jauh dari pantai daerah Tubo Sendana di kawasan Majene, Sulawesi Barat. Pasukan SAR mengesyaki mangsa merupakan kanak-kanak tetapi tidak dapat dipastikan berikutan keadaan nahas yang teruk dan tempoh yang lama sejak insiden berlaku. Basarnas menghantar mayat itu ke Hospital Bhayangkara di Surabaya bagi mengesahkan sama ada mangsa merupakan penumpang QZ8501. ELT itu dapat menunjukkan kedudukan terakhor QZ851 sebelum ia terhempas ke perairan Selat Karimata, tetapi ia tidak dapat lagi dibuat kerana keadaannya yang rosak. - The Jakarta Post/ANN