suria

Protes Bebaskan Pemimpin Pembangkang, 7 Orang Awam Maut Dibakar

DHAKA: Kumpulan penunjuk perasaan anti-kerajaan dilapor telah membaling bom petrol ke arah sebuah bas yang sedang membawa penumpang sehingga menyebabkan tujuh maut manakala bakinya parah pada Selasa.

Polis memberitahu, akibat serangan terhadap bas di Chuddogram itu, jumlah kematian sepanjang protes diadakan bagi membebaskan pemimpin pembangkang, Khaleda Zia kini meningkat kepada 53 orang.

"Seramai tujuh penumpang hangus terbakar selepas sebuah bas dibaling dengan bom petrol pada pukul 4 pagi (waktu Bangladesh).

"Lima pemumpang lagi sedang bertarung nyawa selepas 40 hingga 80 peratus badan mereka melecur. Kesemua mereka kini ditempatkan di hospital di bandar tersebut," jelas Ketua Polis, Tuttul Chakrabarty kepada AFP.

Selain itu, seramai 10 lagi turut cedera apabila mereka memanjat ke cermin bas untuk cuba menyelamatkan mangsa yang sedang meraung meminta pertolongan.

Inspektor Polis, Mahfuzur Rahman berkata, pihaknya telah melakukan serbuan di kampung berdekatan, namun tiada penahanan dilakukan setakat ini.


Bangladesh, Chuddogram

Artikel Lain