suria

Jordan Hukum Mati Dua Tahanan IS

Anggota Kumpulan militan negara Islam, Sajida al-Rishawi dijatuhi hukuman gantung sampai mati sebagai tindakan balas terhadap IS yang membakar hidup-hidup juruterbang Jordan, Leftenan Muath Al- Kaseasbeh.

AMMAN: Jordan melaksanakan hukuman gantung sampai mati terhadap dua tahanan warga Iraq pada Rabu selepas kumpulan militan Negara Islam (IS) membunuh juruterbang negara itu pada Selasa,  kata jurucakap kerajaan, Mohammad al-Momani.

Momani berkata, wanita pengebom berani mati, Sajida al-Rishawi dan ahli kumpulan Al-Qaeda, Ziad al-Karboli, dihukum mati pada jam 4 pagi waktu tempatan.

Sajida dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam serangan bom berani mati pada 2005 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang manakala Ziyad Karboli, pegawai operasi Al-Qaeda yang didapati bersalah pada 2008 kerana membunuh seorang rakyat Jordan juga dihukum gantung sampai mati. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain