suria

Remaja AS Mengaku Tak Bersalah Bunuh Ibu Di Bali

Heather dan Tommy tiba di mahkamah untuk perbicaraan kes bunuh ibunya di Bali.

DENPASAR: Seorang remaja Amerika Syarikat yang sedang hamil mengaku tidak bersalah membunuh ibunya di sebuah hotel di Bali dalam kejadian yang mengejutkan ramai tahun lalu.

Dalam prosiding mahkamah itu juga, Heather Mack berkata, dia menyayangi ibunya yang berusia 62 tahun itu dan merindui wanita itu setiap hari.

“Saya terpaku apabila melihat mayatnya,” katanya.

Heather, 19, dan teman lelakinya Tommy Schaefer, 21, menghadapi tuduhan membunuh Sheila von Wiese Mack, pada Ogos tahun lalu.

Mayat Sheila ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di dalam but teksi di depan hotel mewah di Bali.

Heather dan Schaefer didapati cuba melarikan diri selepas itu.

Berdasarkan siasatan, Sheila dipercayai dipukul oleh Schaefer ketika mereka bertengkar di bilik hotel.

Penyiasat kes berkenaan percaya ketika kejadian Heather bersembunyi di dalam bilik mandi.

Bagaimanapun, pasangan kekasih itu kemudian bersama-sama menyumbat mayat Sheila ke dalam beg pakaian.

Jika bersabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati. 

Artikel Lain