KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Taiwan pada 4.06 pagi Sabtu. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gempa bumi itu berpusat di 113km timur laut dari Kaohsiung, Taiwan dan 1,814km timur laut dari Kudat, Sabah. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.