AMERIKA SYARIKAT (AS) akan melatih seramai 1,200 pemberontak dari Syria dan membekalkan mereka senjata bagi menentang kumpulan Negara Islam (IS), Jelas Pentagon pada Rabu. Pemberontak warga Syria yang mewakili (AS) itu akan menjalani program latihan bermula Mac selepas negara barat itu berjaya melahirkan 5,000 penentang IS setiap tahun. Selain AS, Arab Saudi, Qatar dan Jordan turut bersedia memberi latihan kepada pemberontak yang ingin menentang IS. Jurucakap dari Pentagon yang enggan dikenali itu juga didakwa berkata, sesi pertama latihan akan dimulakan di Jordan. Bagaimanapun, lokasi latihan dan identiti pemberontak yang terlibat tidak didedahkan setakat ini. "Terdapat 1,200 individu telah dikenalpasti, mereka akan diberi latihan untuk menentang IS," lapor sebuah akhbar negara itu.