suria

Lelaki Hanya Berseluar Renang Rentas Laut Di Antartika

SEORANG lelaki berasa sakit yang amat sangat dan terpaksa mandi menggunakan air panas selama 50 minit selepas berenang dengan hanya memakai seluar renang di Lautan Antartika yang sejuk membeku.

Lewis Pugh yang berasal dari Plymouth memulakan renangannya dari pantai Cape Adera, memecah rekod apabila berenang ke kawasan paling selatan di dunia dalam sejarah.

Perenang yang berdaya tahan dan berani itu menyempurnakan cabarannya itu selepas terpaksa berdepan dengan ais yang tajam di sepanjang laluan.

Cabarannya itu merupakan gesaan kepada para pemimpin dunia mengenai Laut Ross di Antartika yang merupakan kawasan yang dilingdungi, diancam akibat aktiviti penangkapan ikan secara komersial.

Bagaimanapun, tugasnya bukan mudah terutama beliau hanya memakai sehelai seluar renang yang kecil.

"Ia merupakan satu renangan yang amat sukar.

"Jari-jemari saya berasa sakit, di mana saya tidak pernah berasa sakit seperti ini," katanya dipetik sebagai berkata di metro

"Sekarang, satu-satunya yang boleh memastikan saya kembali segar adalah tindakan saya ini dapat menggalakkan para pemimpin dunia untuk datang bersama-sama dan memelihara kawasan ini yang indah dan juga bahagian penting di dunia ini," tambahnya. - mirror.co.uk


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain