suria

Indonesia Pindah Banduan Warga Australia Untuk Hukuman Mati

CILACAP: Dua penyeludup dadah warga Australia telah dipindahkan ke sebuah pulau pada Rabu untuk menjalani hukuman mati, walaupun pemimpin Australia tidak berpuas hati dengan hukuman yang bakal dijalankan.

Kumpulan penyeludup dadah yang dikenali sebagai "Bali Nine" iaitu Andrew Chan dan Myuran Sukumaran telah diberi masa 'bebas' beberapa minit sebelum meninggalkan penjara Kerobokan di Bali, kata Pegawai Kementerian Kehakiman, Nyoman Putra Surya.

Dua lelaki itu yang dijatuhi hukuman mati pada 2006 kerana mengedar heroin sempat berkata "terima kasih" sebelum meninggalkan penjara.

Seorang daripada pesalah, Andrew Chew tidak dapat bertemu abangnya yang datang melawat kerana penjara tidak membenarkan sebarang lawatan pada bukan hari sepatutnya.

Penjara turut diawasi oleh pihak berkuasa bersama jentera termasuk meriam air.

Kedua-dua warga Australia itu telah diterbangkan ke Cilacap, di pulau Jawa bersama penerbangan khas diiringi oleh pesawat tentera.

Dua kereta perisai dan pasukan polis elit turut mengiringi pesalah yang kemudian menaiki bot di pelabuhan tempatan untuk terus ke kawasan penjara kawalan - tempat akan dilaksanakan hukuman mati di Pulau Nusakambangan.

Banduan yang dijatuhi hukuman tembak, di beri peluang untuk membuat rayuan, namun permohonan pengampunan yang dikemukakan oleh pesalah telah ditolak.

Indonesia, Australia

Artikel Lain