SEORANG kanak-kanak perempuan maut dibunuh ibu kandungnya selepas wanita itu mendapat arahan daripada pasangan lesbianya. Dalam kejadian di Chadwell Heath, Essex, London itu, mangsa, Ayesha Ali, 8, didakwa didera secara rakus oleh ibunya Polly Chowdhury, 35 sehingga mati. Siasatan polis mendapati, Chowdhury bertindak demikian selepas teman wanitanya. Kiki Muddar mendapati tubuh kanak-kanak berkenaan telah dimasuki roh jahat. Akibat percayakan pasangan lesbianya itu Chowdhury telah memukul anaknya sehingga mati di dalam tandas. Jiran pasangan lesbian itu mendakwa, mereka terdengar jeritan kanak-kanak terbabit dari tandas rumah tersebut pada hari kejadian, namun tidak berdaya untuk membantu. Berikutan kejadian yang berlaku pada Ogos 2013 itu, mahkamah akan menjatuhkan hukaman mati terhadap pesalah pada Khamis.