Xi berkata beliau terharu Perdana Menteri Malaysia itu berusaha datang ke Boao sedangkan majlis perkahwinan anak perempuannya berlangsung Sabtu.
“Ini membuktikan komitmen Malaysia untuk menyertai forum itu, serta komitmennya terhadap hubungan bilateral,” kata beliau ketika mesyuarat dengan Najib di sini, Jumaat.
Mesyuarat bilateral antara kedua-dua pemimpin itu adalah yang keempat sejak Najib menjadi perdana menteri.
Beliau berharap ini akan membawa hasil yang lebih baik.
Presiden itu mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Najib atas perkahwinan anaknya itu.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Duta Besar Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya dan Wakil Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting.