suria

Pemandu Teksi Pulangkan RM54,000 Milik Pelanggan

Adrian Quinn (kiri) memberikan sumbangan kepada Mohammed Nisar kerana memulangkan wang miliknya yang tercicir di dalam teksi lelaki terbabit.
SEORANG pemandu teksi beragama Islam dianggap sebagai pemandu paling jujur di West Midlands, England apabila memulangkan semula sejumlah wang yang ditinggalkan di dalam kenderaan miliknya.

Penghargaan itu diberikan oleh seorang jurujual kereta iaitu Adrian Quinn apabila Mohammed Nisar memulangkan wang miliknya berjumlah £10,000 (RM54,000) yang tercicir di dalam teksi berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, Adrian turut menyifatkan Mohammed sebagai rakan paling rapat dalam hidupnya.

"Pada hari kejadian, saya tidak begitu sihat. Apabila saya sedar, wang tersebut tiada lagi bersama saya, tidak tahu ia di mana.

"Tetapi apabila saya berlari semula ke teksi yang dinaiki sebelum itu, Mohammed masih berada di situ dan menyimpan beg milik saya tanpa membukanya.

"Saya bertanya kepada dia, kamu tahukah apa di dalam beg ini, dia menjawab tidak tahu kerana tidak membukanya. Saya kemudian menunjukkan wang tersebut kepada Mohammed, namun dia seperti tidak kisah dengan jumlah berkenaan," jelasnya yang kemudian menyumbangkan sejumlah wang kepada pemandu teksi berkenaan.

Adrian yang teruja dengan kejujuran Mohammed kemudian berkongsi kebaikan lelaki Islam itu dengan pihak media.
Teksi, Pemandu Teksi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain