suria

Turki Tarik Balik Sekatan Akses YouTube

ISTANBUL: Turki pada Selasa menarik balik semula sekatan akses ke atas YouTube selepas mahkamah mengarahkah laman perkongsian video itu memadamkan imej seorang pendakwa raya yang diacukan pistol oleh anggota kumpulan militan.

Akses bagi kedua-dua laman sosial YouTube dan Twitter disekat selama beberapa jam di Turki pada Isnin, dan sekatan terhadap Twitter ditarik balik pada sebelah petang.

Setakat pukul 6 pagi (11 pagi waktu Malaysia) Selasa, YouTube boleh diakses semula di Turki.

Terdahulu, sekatan ke atas YouTube dan Twitter itu berikutan tersebarnya gambar seorang pendakwa raya, Mehmet Selim Kiraz yang merupakan tebusan sedang diacukan pistol, yang kemudiannya terbunuh dalam insiden tembak-menembak antara kumpulan militan dan pihak polis pada minggu lalu.

Seorang jurucakap kepada Presiden Tayyip Erdogan pada Isnin berkata, seorang pendakwa raya membuat tuntutan supaya sekatan dilakukan terhadap kedua-dua laman sosial itu kerana beberapa organisasi media bertindak "seolah-olah mereka menyebarkan propaganda pengganas" apabila berkongsi gambar-gambar tebusan berkenaan.

Satu lagi laman sosial Facebook berkata, ia mempunyai akses yang terhad kepada sebahagian kandungan seperti yang diarahkan, dan jurucakap syarikat itu berkata, ia akan membuat rayuan berhubung perintah tersebut. - REUTERS

YouTube, Twitter

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain